JERTEH| Rabu,28 Disember 2022 : Pihak Yayasan Ammirul Ummah telah menyalurkan kutipan derma kilat kepada mangsa-mangsa yang terjejas di Kg. La, Jerteh.
Hujan lebat yang berterusan selama satu minggu lebih yang bermula 14 Disember, telah mengakibatkan banyak daerah di Terengganu yang terjejas teruk. Akibatnya banyak Pusat Pemindahan Sementara perlu dibuka kerana mangsa-mangsa banjir yang terjejas meningkat dari hari ke hari.
Pada 22 Disember 2022 yang lalu, Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan tabung derma kilat bagi mangsa banjir yang terkesan terutamanya di Terengganu.
Sehubungan dengan itu, Pihak Yayasan Ammirul Ummah telah menyampaikan sebanyak 15 Kit Solat dan 10 bakul FoodBank kepada mangsa-mangsa banjir. Antara barangan yang disalurkan seperti makanan asasi seperti gula, bihun, kicap, perisa air serta set kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, kain pelekat, tuala muka, tasbih, Al-Quran dan stoking.
“Kita melancarkan tabung derma kilat ini dengan harapan dapat meringankan beban mereka melalui sumbangan foodbank serta supaya mereka dapat beribadah dengan selesa”, ujar En. Kamal yang merupakan Pengarah Yayasan Ammirul Ummah.
0 Comments