Program
Sekampit Beras untuk Asnaf
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia akan disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Firman Allah SWT yang bermaksud
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Berdasarkan ayat al-Quran ini amat jelas bagi setiap umat Islam yang telah meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab sengaja ataupun tidak hendaklah menggantikan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa tersebut, mereka wajib membayar fidyah.
Individu yang ingin melaksanakan fidyah boleh dibayar melalui Akaun (Yayasan Ammirul Ummah) dan sumbangan ini akan disalurkan terus kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu & menerima amalan kita semua. Terima Kasih & Jazakumullah.