Program Utama
Qurban & Aqiqah
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah sembelihan. – Surah al-Kauthar (2)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” – Riwayat al-Tirmizi (1493)
QURBAN / AKIKAH | HARGA / BAHAGIAN (RM) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
NEGARA | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
MALAYSIA | 750 | 1500 | 2250 | 3000 | 3750 | 4500 | 5250 |
SRI LANKA | 400 | 800 | 1200 | 1600 | 2000 | 2400 | 2800 |
Kepada mereka yang tidak mampu membuat bayaran sekaligus,boleh juga membuat bayaran secara ansuran sehingga cukup.Insyallah kami terima.
SOALAN LAZIM
Melakukan korban dengan seekor kambing lebih afdal dibandingkan dengan satu bahagian lembu.
Sumber rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela).
Sumber Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum jual beli darah daripada binatang korban kepada kilang bagi tujuan memprosesnya untuk dijadikan baja adalah haram. Perkara ini sebagaimana yang telah disebutkan oleh para ulama berkenaan jual beli bahagian daripada binatang korban dan juga jual beli darah.
Sumber Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pada zaman Jahiliyah, orang-orang Musyrikin tidak mahu memakan haiwan-haiwan sembelihan korban mereka kerana salah faham dengan penyelewengan datuk nenek moyang mereka terhadap syariat Nabi Ibrahim A.S.
Selepas kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W, hal itu diperbolehkan bagi kaum Muslimin. Kerana itu, sesiapa yang ingin memakan sebahagian daging binatang korbannya adalah dibolehkan bagi mengambil keberkatan daripada sembelihan atas dasar ibadah kepada Allah S.W.T. Daging-daging yang selebihnya itu bolehlah diberikan kepada mereka yang memerlukan dari kalangan golongan fakir dan miskin, sama ada yang ketara kesusahannya atau yang menyembunyikan kesusahannya dan tidak meminta-minta.
Sumber Rujukan: Harakah Daily
Hukum menghilangkan rambut atau kuku pada badan bagi orang yang ingin melaksanakan korban adalah makruh. Larangan menghilangkan bulu ini tidak hanya tertumpu kepada rambut sahaja bahkan ia meliputi seluruh bulu yang terdapat pada badan si pelaksana korban seperti rambut, bulu ketiak, janggut, misai, bulu ari-ari dan selainnya. Sementara itu, perbuatan menghilangkan bulu dan kuku ini meliputi segala perbuatan yang boleh menghilangkan kedua-duanya seperti mencukur rambut atau memendekkannya dan memotong kuku atau mematahkannya. Oleh itu, orang yang ingin melaksanakan ibadah korban disunatkan untuk tidak menghilangkan segala bulu yang ada pada badannya dan kuku dengan apa jua cara yang boleh menghilangkannya demi meraih pahala sunat amalan itu.
Sumber Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Niat korban terhasil dengan dua cara iaitu:
- Pemilik atau peserta korban berniat sendiri
Peserta korban boleh berniat dalam beberapa keadaan:
- Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang atau ketika akad jual beli. Maka dia berniat “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban.” Atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban.”
- Ketika dia menyembelih haiwan korbannya (sembelih sendiri).
- Ketika haiwan korban sedang disembelih (disembelih oleh wakil).
- Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan dikorbankan.
2. Orang lain berniat bagi pihak peserta korban kerana diwakilkan iaitu berlaku dalam dua keadaan:
- Peserta mewakilkan tukang sembelih berniat bagi pihaknya ketika sembelih.
- Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.
Sumber rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan