fbpx
Bantu Share ke Media Sosial

KUALA TERENGGANU
Isnin, 22 Ogos 2023

__________
Yayasan Ammirul Ummah (YAU), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan di Terengganu, telah berjaya mengagihkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan Ummah kepada 250 buah keluarga pelajar asnaf di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Program ini mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan juga Pejabat Pendidikan Daerah. Sebanyak 50 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang turun bersama dengan pihak YAU meninjau dan juga mengagihkan sumbangan kepada pelajar asnaf ini.

Antara kandungan yang diterima dalam Bakul Makanan Ummah adalah barangan dapur seperti beras, sardin, Gula, Tepung Gandum dan lain-lain lagi. Walaupun ianya tampak sedikit namun sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka terutamanya ketika musim persekolahan ini.

Puan Rabiah Fauzi, 52 tahun, ibu kepada pelajar di sekolah daerah Kuala Terengganu berkata “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan ini kerana saya dapat mengunakannya untuk menampung perbelanjaan pada bulan ini. Bulan ini saya dan keluarga terpaksa berjimat kerana mahu menampung kos rawatan kanser yang dihadapi oleh suami saya. Terima kasih juga kepada Pihak Yayasan Ammirul Ummah dan juga pihak sekolah kerana sudi memilih keluarga saya”.

Program ini memfokuskan mengagihkan sumbangan Bakul Makanan Ummah kepada keluarga pelajar-pelajar asnaf yang di mana setiap sekolah sebanyak 5 buah keluarga yang akan dipilih oleh pihak sekolah yang dalam kategori asnaf. Ia disambut baik oleh pihak JPNT, PPD dan juga pihak sekolah kerana ia dapat menampung perbelanjaan berbentuk makanan asasi keluarga penerima.


Bantu Share ke Media Sosial
Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.