Isnin, 27 Jun 2022 – Yayasan Amirul Ummah telah melaksanakan secara rasmi agenda pengagihan Al-Quran bagi kawasan Cianjur, Jawa Barat.
Telah dijalankan program pengagihan 5000 naskah Al-Quran yang dimulakan dengan acara perasmian yang diadakan di Madrasah Al Hidayah, Warung Kondang.
Program ini dihadiri oleh beberapa tokoh terkemuka, seperti KH Ahmad Suhendar selaku perwakilan Bupati Cianjur sekaligus merupakan Ketua Lembaga (LPTQ) Cianjur, KH Ahmad Yusup selaku Ketua Penyelenggara Pemberdayaan Pendidikan Diniyah Takmiliyah dan Pendidikan Al-Quran (P3DTPQ) Daerah Cianjur, KH Ade Ismatullah selaku Ketua MUI, Ketua Polis serta Danramil Warung Kondang.
Ahmad Suhendar mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada Wakaf Nur Qurโan, Yayasan Amirul Ummah dan para penderma yang telah mengamanahkan 5000 naskah Al-Quran untuk Cianjur. “Dengan adanya program wakaf Al-Quran ini menjadi salah satu faktor penting dalam aktiviti lembaga-lembaga keagamaan seperti LPTQ mahupun P3DTPQ di Cianjur,” kata Ahmad Suhendar.
Seterusnya, Ustaz Ade Kusmawan yang juga merupakan ketua kader MUI Warung Kondang menzahirkan rasa syukur dan terima kasihnya kerana telah diberikan kepercayaan oleh kader2, Wakaf Nur Qurโan dan Yayasan Amirul Ummah untuk melaksanakan program tersebut. โSudah selayaknya menjadi program utama kami untuk menyebarkan Alquran hingga pelosok negeri. Hingga hari ini, kami telah menyebarkan lebih dari 150 ribu Alquran dari barat hingga ke ujung timur Indonesia,” kata perwakilan dari Yayasan Waqaf Nur Qurโan, Irfan Ahmad Fauzi.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penderma,mitra serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. “Semoga Allah anugerahkan rizki dan kesehatan untuk terus bergerak dalam kebaikan ini,” kata Irfan Ahmad Fauzi
0 Comments