Perjuangan YAU Dapat Sokongan Kak Ogy
PERTUBUHAN kebajikan Yayasan Ammirul Ummah (YAU) terus aktif menganjurkan pelbagai program bersifat islamik dan kebajikan di dalam dan luar negara.
Sebelum ini yayasan yang diasaskan di Terengganu itu banyak membantu pembangunan masjid serta kebajikan anak-anak tahfiz serta anak-anak yatim di nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia. Di samping itu YAU juga aktif menguruskan program mewakaf Al-Quran dalam jumlah yang besar.
Apa yang menarik, YAU turut mengundang selebriti handalan, Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy) untuk membantu kempen murni yang sering mereka laksanakan dari semasa ke semasa.
Terkini, YAU menganjurkan pula Program Pendidikan Anak-Anak Untuk Hari Akhirat yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta pihak penaja itu, la bertujuan mengedarkan flash card ayat terawal dan terakhir Surah Al-Kahfi kepada pelajar serta guru di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Pengarah YAU, Mohd Kamal Ismail berkata, tujuan pengedaran flash card itu adalah untuk mendorong pelajar agar selalu membaca, menghafal serta memahami ayat-ayat tersebut, kerana fadhiatrya yang besar
“Pemilihan Surah Al-Kahfi dibuat kerana dasar kelebihan yang ada padanya. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang menghafal 10 ayat terawal Surah Al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajal.
“Ayat-ayat surah ini akan dibaca oleh pelajar can guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya
Kamal berkata, sempena Ramadan lalu, YAU turut mengajak murid-murid sekolah menonton filem pendek Aidil & Atok arahan Ogy lakonan Zaidi Omar dan adik Aiman Bacrul
“Filem Aidil & Atok dihasilkan khas YAU sebelum ini sebagai salah satu medium untuk mereka berkongsi mesej pengajaran serta nilai-nilai murni kepada masyarakat khususnya kanak-kanak,” katanya.
Aidil & Atok mengisahkan seorang anak yatim piatu, kanak-kanak, Aidil (Aiman Badrul) mendapat pendidikan sempuma daripada datuknya (Zaidi Omar). Aidi dalam diam sanggup mengorbankan wang simpanannya sendiri untuk didermakan kepada sebuah masjid kerana faham akan terbina sebuah mahligai untuk arwah ayah dan ibunya di syurga kelak
Dalam pada itu, Kamal berkata, YAU juga telah mengagihkan bantuan bakul-bakul makanan kepada ribuan pelajar yang memohon untuk menerima bantuan.
“Kami berharap melalui program ini kami dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat sekali gus membantu dalam pembangunan pendidikan dan menyemarakkan nilai- nilai Islam di kalangan generasi muda “Selain itu, kami juga telah menjalan- kan beberapa aktiviti lain seperti solat hajat dan tahli perdana, program wakaf Al-Quran, fidyah online, pembersihan tandas 100 masjid serta agihan makanan untuk pelajar miskin,” katanya. Untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan, sila hubungi YAU di www.yayasanammirulummah.com pada bila-bila masa
sumber : https://ladybosz.com/2024/04/09/program-pendidikan-anak-anak-untuk-hari-akhirat-galak-pelajar-fahami-surah-al-khafi/