fbpx

9 November 2021, Selasa, Yayasan Ammirul Ummah telah bekerjasama dengan Syarikat Fama Negeri Terengganu telah menjayakan sebuah program bersama dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) di TAMAN SINAR HARAPAN, KUALA TERENGGANU.
Pihak Yayasan (YAU) telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan harian penghuni di sana. Manakala, dari pihak FAMA sendiri telah memberi sumbangan makanan produk keluaran bumiputera dan diterima oleh seramai 115 orang penghuni di tempat tersebut yang diwakili oleh Pengurus Taman Sinar Harapan.

Lebih mengujakan apabila kehadiran VIP iaitu, Pengarah FAMA Negeri Terengganu, En. Che Ghani bin Che Wan serta beberapa orang pengiring dan staf FAMA yang telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Categories: Uncategorized

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *