TERENGGANU, 23 MAC 2023. – Pada tanggal 16 Mac 2023, Pihak Yayasan Ammirul Ummah telah menyampaikan
agihan Foodbank dan Kit Solat kepada mangsa–mangsa banjir di Kampung Kemat, Hulu Terengganu. Banjir yang
melanda pada bulan Disember 2022, telah mengakibatkan ramai penduduk di kampung itu mengalami kerosakan
barangan eletrik yang sangat teruk, rumah–rumah mereka serta kawasan sekitarnya dipenuhi dengan lumpur.
Sebanyak 83 buah keluarga yang menerima manfaat daripada program ini. 83 bakul Foodbank yang diterima oleh
mereka ini terdiri daripada barangan dapur yang boleh membantu serba sedikit untuk menampung kehidupan
mereka. Selain itu, mereka juga menerima sebanyak 85 Kit Solat Ummah yang terdiri daripada Kain Pelikat,
Telekung, Al–Quran, Sejadah, Tasbih, Tuala kecil dan Sarung kaki. Walaupun ia tampak sedikit namun sedikit
sebanyak ia dapat membantu mangsa–mangsa banjir ini.
Asma Abd Rahman, 41, berkata, mereka bagaimanapun bersyukur banjir kali ini tidak berlaku secara mengejut dan
penduduk sempat membuat persediaan lebih awal sebelum rumah dinaiki air. “Banjir gelombang kedua ini
keadaan seperti banjir gelombang pertama di mana paras air sungai tidak naik secara mendadak. Menurut Asma,
banjir gelombang pertama melanda sebelum ini tidak menjejaskan banyak rumah di kampung berkenaan dan air
hanya melepasi paras tangga kediaman.
Pihak Yayasan Ammirul Ummah (YAU) berharap orang ramai di luar sana bermurah hati untuk turut serta
menghulurkan sumbangan, agar program–program yang sedang dijalankan dapat diteruskan dengan jayanya demi
kesejahteraan ummah.
0 Comments