Khamis, 23 Disember 2021, Yayasan Ammirul Ummah dengan kerjasama Fatijja Textile serta penaja Al-Kauthar telah menjayakan misi bantuan banjir berbentuk Kit Solat kepada penduduk sekitar negeri Pahang. Pihak YAU telah mengagihkan sebanyak lebih dari 300+ pek Kit Solat kepada penduduk setempat.
.
Ada di antara mereka yang menitiskan air mata menerima bantuan dari pihak YAU dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada penyumbang dan penaja yang sudi menghulurkan bantuan meringankan beban mereka.
Alhamdulillah misi bantuan banjir di Hulu Langat di bawah Yayasan Ammirul Ummah berjaya dilaksanakan dengan tenaga kerja seramai 200 sukarelawan dan kolaborasi 13 NGO.
Ribuan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia, President Bikers Malaysia, Persatuan Pekak Malaysia, IPG, Majlis Kaunselor Putrajaya, Majlis PPKI Selangor, UNISEL, Persatuan Singkh Selangor, NGO BTR dan NGO lain yang terlibat sama.
Kita berjaya menjalankan operasi pembersihan sekitar Batu 18 Hulu Langat dan Sri Nanding.
0 Comments