fbpx
Bantu Share ke Media Sosial

Alhamdulillah, sepanjang akhir bulan Julai sehingga hari ini 03/08/2023, Pihak Yayasan Ammirul Ummah dengan kerjasama Pihak Fatijja telah berjaya membuat agihan Bakul Makanan kepada sebanyak 28 buah keluarga. Untuk program Bakul Makanan ini, Pihak Fatijja dan YAU telah bekerjasama dengan pihak sekolah di sekitar daerah Kuala Nerus dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Program ini memfokuskan sumbangan Bakul Makanan kepada keluarga pelajar-pelajar asnaf yang di mana setiap sekolah sebanyak 5 buah keluarga yang akan dipilih oleh pihak sekolah yang dalam kategori asnaf. Program ini disambut baik oleh pihak JPNT dan pihak sekolah kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu keluarga pelajar tersebut.


Bantu Share ke Media Sosial
Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.