fbpx

7 DISEMBER 2021 – Yayasan Ammirul Ummah (YAU) dengan kerjasama Menteri Besar Terengganu diwakili oleh Adun Pengkalan Berangan YB Ustaz Sulaiman Sulong bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang telah menjayakan ‘Program Membasmi Covid-19’ pada jam 9 pagi bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah dun Ru Rendang dan beberapa sekolah lain yang mempunyai pelajar kelainan upaya (OKU) untuk menerima sumbangan kerusi roda, hand sanitizer daripada syarikat penaja (MONCHERI ESSENTIALS) dan juga pelitup muka (DURIO PPE SDN. BHD.). Pihak sekolah yang mempunyai pelajar kelainan upaya mendapat 6 buah kerusi roda mengikut keperluan pelajar. Selain itu, juga masing-masing menerima 40 botol hand sanitizer,40 kotak pelitup muka (50 keping setiap satu kotak), mesin thermometer .

Antara sekolah yang menerima ialah, Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang, Sekolah Kebangsaan Rusila, Sekolah Kebangsaan Kelulut, Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Sekolah Kebangsaan Batangan Marang, Sekolah Kebangsaan Medan Jaya, Sekolah Kebangsaan Sentol Patah, Sekolah kebangsaan Gong Nangka, Sekolah Kebangsaan Marang, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marah, Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Sekolah Menengah kebangsaan Tengku Lela Segara, Sekolah Menengah Agama Marang

Semoga program seperti ini membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak dalam membasmi penularan virus covid-19.

Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *