29 NOVEMBER 2021 – Yayasan Ammirul Ummah (YAU) dengan kerjasama Adun Bukit Tunggal YB Dr Haji Alias Bin Razak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus telah menjayakan ‘Program Membasmi Covid-19’ pada jam 9 pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu.
Program ini melibatkan beberapa buah sekolah dun Bukit Tunggal dan beberapa sekolah lain yang mempunyai pelajar kelainan upaya (OKU) untuk menerima sumbangan kerusi roda, hand sanitizer daripada syarikat penaja (MONCHERI ESSENTIALS) dan juga pelitup muka (DURIO PPE SDN. BHD.). Pihak sekolah yang mempunyai pelajar kelainan upaya mendapat 2 buah kerusi roda mengikut keperluan pelajar. Selain itu, juga masing-masing menerima 50 botol hand sanitizer 50 ml, 20 botol 500ml dan juga 25 kotak pelitup muka (50 keping setiap satu kotak).
Antara sekolah yang menerima ialah, Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Semoga program seperti ini membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak dalam membasmi penularan virus covid-19.
0 Comments