fbpx

30 NOVEMBER 2021 – Yayasan Ammirul Ummah (YAU) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu yang diwakili oleh Tuan Iskandar Zulkarnain, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan daerah Kuala Terengganu yang telah menjayakan ‘Program Membasmi Covid-19’ pada jam 9 pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah dun Bukit Tunggal dan beberapa sekolah lain yang mempunyai pelajar kelainan upaya (OKU) untuk menerima sumbangan kerusi roda, hand sanitizer daripada syarikat penaja (MONCHERI ESSENTIALS) dan juga pelitup muka (DURIO PPE SDN. BHD.). Pihak sekolah yang mempunyai pelajar kelainan upaya mendapat 2 buah kerusi roda mengikut keperluan pelajar. Selain itu, juga masing-masing menerima 50 botol hand sanitizer 50 ml, 20 botol 500ml dan juga 25 kotak pelitup muka (50 keping setiap satu kotak).

Antara sekolah yang menerima ialah, Sekolah Kebangsaan Banggol Katong, Sekolah Kebangsaan Kepong, Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam.

Semoga program seperti ini membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak dalam membasmi penularan virus covid-19.

Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *