Lanchang,Pahang.Isnin,18 April 2022 – Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, pada bulan Ramadan yang mulia ini, Program Agihan Kit Solat yang dilaksanakan di Lanchang, Pahang pada hari Isnin, 18 April 2022, berjalan dengan lancar.
Sebanyak 200 pek kit solat telah diagihkan buat golongan asnaf muallaf di sekitar perkampungan Orang Asli, Kampung Sungai Leleh.
Menyaksikan sendiri jerih perih kehidupan mereka yang terpaksa tinggal sebumbung bercampur dengan golongan bukan Islam, membuka mata kami untuk terus menyalurkan bantuan kepada mereka.
Ada yang kembali murtad setelah tiada bimbingan yang sewajarnya dari pihak berwajib. Ada juga yang sanggup dibayar upah RM5 sehari untuk membina surau sendiri bagi memudahkan golongan muallaf ini beribadat dengan selesa.
Semoga dengan sedikit bantuan kit solat ini, mereka dapat menunaikan solat dengan lebih sempurna dan khusyuk.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pewakaf yang sudi mewakaf kit solat bersama kami dan menyokong usaha kecil ini. Allah telah menjanjikan balasan untuk setiap kebaikan yang dilakukan oleh manusia.
0 Comments