fbpx

TERENGGANU, 22 MAC 2023. Yayasan Ammirul Ummah (YAU), merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) yang diasaskan di Terengganu, secara rasminya melancarkan laman sesawang Suka Derma. Ianya merupakan satu platform menyumbang secara atas talian yang bertujuan untuk memudahkan para dermawan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam program kebajikan.

Program ini dilancarkan oleh Premier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah (YAU), Seniwati Fauziah Dato’ Ahmad
Daud (A.M.N) di Pejabat Yayasan Ammirul Ummah Terengganu. Dalam masa yang sama, beliau juga
berkesempatan untuk merasmikan Program Sumbangan Sekampit Beras untuk Asnaf yang bertempat di Hajjah Maimunah Ibrahim Eastern Enterprise, serta beberapa buah lagi Misi Kebajikan Yayasan Ammirul Ummah sepanjang
berada di Terengganu.

Beliau berkata, “Ini merupakan suatu peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya di usia sebegini untuk
melakukan aktiviti kebajikan dan peluang ini hanya datang sekali dalam hidup”. Selain itu, Fauziah turut menyampaikan sumbangan berupa Bakul Makanan Asnaf, Sekampit Beras dan Kit Solat Ummah di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Programprogram tersebut memfokuskan kepada penerima yang tergolong dalamkategori asnaf.

Menurut penerima sumbangan, Suzana berusia 26 tahun, ibu kepada tiga orang anak berkata, “Saya berasa sangat bersyukur dengan sumbangan berbentuk Kit Solat Ummah dan wang yang diberikan oleh Yayasan Ammirul Ummah, kerana kalau saya tiada duit maka anakanak saya tidak ke sekolah”. Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban golongan ini. Biarpun ianya sumbangan yang kecil tetapi besar manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukan diluar sana.

Disamping itu, beliau turut berkesempatan menyantuni pekerjapekerja pembersihan tandas masjid di situ. Ianya
juga merupakan salah satu program yang dijalankan di bawah Program Pembersihan Tandas Masjid kendalian YAU.
Turut hadir ke program tersebut ialah Pengarah Urusan Yayasan Ammirul Ummah, Encik Mohd Kamal bin Ismail @
Omar dan Pengarah Urusan Fatijja Indonesia, Irfan Ahmad Fauzi.

Program Misi Kebajikan di Terengganu yang berlangsung pada isnin dan selasa tersebut memberi manfaat kepada 60
buah keluarga. Pihak Yayasan Ammirul Ummah (YAU) berharap orang ramai di luar sana bermurah hati untuk turut
serta menghulurkan sumbangan, agar programprogram yang sedang dijalankan dapat diteruskan dengan jayanya
demi kesejahteraan ummah.

Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *