15 Januari 2022, (Sabtu), Yayasan Ammirul Ummah (YAU) telah berjaya mengagihkan sebanyak 100 pek kit solat kepada masyarakat Kawasan Mentakab, Pahang. Selain itu, masing-masing menerima kit solat tersebut, selain itu juga terdapat sumbangan mainan kanak-kanak, alas tidur (toto), makanan asasi dan juga tuala wanita hasil sumbangan orang ramai.
Program kali ini juga turut disertai oleh Pengarah Yayasan Ammirul Ummah, Encik Mohd Kamal bin Ismail dan juga Majlis Tindakan Dun Kawasan Lanchang. Penduduk sekitar menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang memberi 1001 makna di atas ujian yang menimpa mereka.
Alhamdulillah di atas Kerjasama yang baik daripada semua dermawan. Semoga segala usaha team YAU diredhai Allah selalu.
Oleh itu, mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit mahupun barangan boleh berbuat demikian di khemah yang telah dibuka di persimpangan jalan TAMAN LG UTAMA, GONG BADAK BERHADAPAN SABASUN WAKAF TEMBESU.
berita
‘Jihad jiwa pada ALLAH Yang Satu sangat hebat’ – Ogy Ahmad Daud
SENIWATI Fauziah Datuk Ahmad Daud menyifatkan situasi semasa yang dialami rakyat Palestin kini mendidiknya mengenai jihad jiwa. Jelas Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy, 61, biarpun sudah melalui peperangan dengan Israel sejak tujuh dekad Read more…
0 Comments