fbpx

Donggala – Yayasan Amirul Ummah (YAU) dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islamic Malayan Banking (PKIMB) telah berjaya merasmikan Masjid Miftahul Jannah di Desa Batusuya Goo, Kabupaten Donggala, Sulawesi Tengah. Pembinaan masjid ini merupakan hasil kerjasama erat yang menyatukan umat Islam dari dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia, yang bertujuan untuk membantu masyarakat yang terjejas teruk akibat gempa bumi Palu 2018.

Majlis perasmian yang disertai oleh Gabenor Sulawesi Tengah, H. Rusdy Mastura, serta pegawai daerah lain, merupakan tanda syukur atas pembinaan masjid baharu yang kini menjadi pusat ibadah yang lebih kukuh dan selesa bagi masyarakat setempat.

Ketua PKIMB, Johari Bin Ismail, dalam ucapannya menekankan pentingnya ukhuwah Islamiyah yang melangkaui sempadan negara. “Kami merasa terhormat dapat berperan dalam pembangunan masjid ini. Kolaborasi ini adalah bukti nyata bagaimana umat Islam di berbagai negara dapat bersatu untuk membantu saudara-saudara kita yang membutuhkan,” ungkap Johari. Harapannya, Masjid Miftahul Jannah mampu menjadi pusat kegiatan agama dan sosial untuk manfaat seluruh masyarakat.

Ketua Yayasan Amirul Ummah, Rizki Mujahidin, turut mengucapkan terima kasih kepada PKIMB dan para penderma yang dengan ikhlas menyumbang untuk menjayakan pembinaan ini. “Orang-orang yang memberikan donasi dan bantuannya untuk masjid ini sebagian besar adalah orang yang tidak kita kenal, tapi mereka dengan ikhlas menyumbangkan sedikit harta untuk pembangunan ini. Ini adalah bentuk nyata ukhuwah Islamiyah antarbangsa yang kita harapkan bisa terus terjalin,” katanya.

Gabenor H. Rusdy Mastura juga menyampaikan penghargaan tinggi kepada PKIMB dan YAU. “Masjid ini adalah simbol persaudaraan dan semangat gotong-royong yang kuat, terutama pasca bencana. Semoga kehadiran masjid ini memperkuat iman dan solidaritas masyarakat Donggala,” kata beliau.

Bagi penduduk setempat, masjid baharu ini menjadi penyuluh harapan. Fandi, salah seorang wakil masyarakat, melahirkan rasa syukur kerana setelah sekian lama menanti, mereka akhirnya mempunyai tempat ibadah yang lebih baik dan selesa.

Perasmian Masjid Miftahul Jannah ini bukan sekadar pembinaan fizikal, tetapi juga simbol ukhuwah Islamiyah yang kukuh antara negara dan bantuan yang penuh keikhlasan untuk kesejahteraan masyarakat setempat.

Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *