TERENGGANU, 26 MAC 2023. – Pada tanggal 21 Mac 2023, Seniwati Fauziah Dato’ Ahmad Daud [Kak Ogy] selaku Primier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah dan juga Pihak Yayasan Ammirul Ummah telah menyampaikan agihan
Foodbank Ummah dan juga Sekampit beras kepada sebanyak 4 buah keluarga di sekitar Kuala Nerus dan Kuala
Terengganu. Program ini mendapat kerjasama dengan beberapa orang JPKK di kawasan Kuala Nerus dan Kuala
Terengganu.
Antara kandungan yang diterima dalam Foodbank Ummah adalah barangan dapur seperti beras, sardin, Gula,
Tepung Gandum dan lain-lain lagi. Walaupun ianya tampak sedikit namun sedikit sebanyak ia dapat membantu
golongan asnaf ini terutamanya ketika Ramadan yang sedang menjelang tiba.
Syafiqah Fauzi, 32 tahun berkata “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan ini kerana saya
gunakan untuk menyambut Ramadan yang akan datang. Terima kasih juga kepada Pihak Yayasan Ammirul Ummah
sebab saya boleh jumpa Kak Ogy”.
Pihak Yayasan Ammirul Ummah (YAU) berharap orang ramai di luar sana bermurah hati untuk turut serta
menghulurkan sumbangan, agar program-program yang sedang dijalankan dapat diteruskan dengan jayanya demi
kesejahteraan ummah.
0 Comments