Kota Bharu, Kelantan. Mac, 2022. – Yayasan Ammirul Ummah (YAU) telah berjaya mengagihkan 9 buah kerusi roda kepada murid yang memerlukan di daerah Kota Bharu.
.
Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu. Majlis penyerahan kecil-kecilan mengikut SOP yang ditetapkan ini telah dilakukan di PPD Kota Bharu.
.
Selain itu juga, pihak sekolah juga turut menerima ‘hand sanitizer’ dan pelitup muka sebanyak dua kotak setiap sekolah.
.
Pihak YAU amat berterima kasih di atas kerjasama dan sambutan mesra daripada warga JPNK dan PPD Kota Bharu dan telah menjalinkan hubungan baik dan akan berkerjasama untuk program yang selanjutnya.
Categories: berita
0 Comments