fbpx

𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗡𝗲𝗿𝘂𝘀 – Seramai 100 pelajar asnaf dari SK Maras, SK Bukit Tunggal, dan SK Kompleks Gong Badak telah menerima sumbangan sardin dalam tin daripada 𝗞𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗟 𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗 melalui Program Agihan Foodbank Untuk Pelajar Asnaf oleh Yayasan Ammirul Ummah. Tajaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Program ini bertujuan memastikan pelajar-pelajar dari keluarga asnaf mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Reaksi gembira dan terharu pelajar ketika menerima bantuan ini sangat mengharukan. “Terima kasih kerana bantu keluarga saya”, kata seorang pelajar dari SK Bukit Tunggal.

Dengan adanya program ini, Yayasan Ammirul Ummah berharap dapat memberi lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan dan menggalakkan lebih banyak pihak untuk turut serta dalam usaha murni ini. 🌟❤️

Categories: berita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *